Songtexte.com Drucklogo

Intan Ku Kesepian Songtext
von Wings

Intan Ku Kesepian Songtext

Hanya padamu
Terbuka hatiku
Menanti hadirnya
Kasihmu, sayang

Cinta yang murni
Sehangat mentari
Membara hanyalah
Untukmu

Belum sempat aku
Memberi padamu
Engkau yang kudamba
Hilang tiba-tiba

Tiada lagi
Irama cintamu, sayang
Tiada lagi
Haruman kasihmu, Intan


Tinggallah aku
Menyulam cinta yang sirna
Di dalam senyum
Yang berbayang duka
Ku kesepian

Akan kutunggu
Takdir menentukan
Engkau dan aku
Kan bersua lagi

Memadu cinta
Selembut bayu senja
Mengukir rindu
Di daunan hari, kasih

Menghilang resah
Lewat pertemuan kita
Biarpun harus
Kutelan keperitan

Kerana engkau
Intan yang kusayang
Akan ku terus
Menunggumu, Intan


Kerana engkau
Intan yang kusayang
Akan ku terus
Menunggumu

Songtext kommentieren

Log dich ein um einen Eintrag zu schreiben.
Schreibe den ersten Kommentar!

Beliebte Songtexte
von Wings

Fans

»Intan Ku Kesepian« gefällt bisher niemandem.