Songtexte.com Drucklogo

Kembalikan Irama Cintaku Songtext
von Anita Sarawak

Kembalikan Irama Cintaku Songtext

Di manakah hilangnya nada cinta yang bergema, sayang?
Di mana?
Dan mungkinkah kini semuanya sudah jauh berubah
Sedangkan ku masih lagi terlena

Pada irama cinta semalam
Persoalan ini meragukan
Oh, segalanya tanpa kepastian

Di mana irama cinta yang menyeriku?
Dan dimanakah perginya muzik cinta kita?
Mengapakah tiada lagi seindah dulu?
Keindahannya kurasakan sumbang belaka

Kedengaran seakan suaramu memanggil namaku
Benarkah?
Tapi tiada siapa yang berdiri di sisiku
Oh sayang, rupanya itulah hanya khayalan

Cintamu membisu tiba-tiba
Tahukah kau simfoni hatiku
Kekosongan tanpa iramamu


Kembali
Kembalikanlah irama cinta
Kembalikanlah, kerana ku menyintaimu
Tak relaku merasakan kehilanganmu
Pasti kautahu jawapannya
Pada dirimu

Oh, lihatlah apa yang ada padaku
Hanyalah nyanyian hatiku yang rindu
Lagu kan kembali irama cintamu itu
Oh, sayang, ku merinduimu

Di mana irama cinta yang menyeriku?
Dan dimanakah perginya muzik cinta kita?
Mengapakah tiada lagi seindah dulu?
Keindahannya kurasakan

Kembali
Kembalikanlah irama cinta
Kembalikanlah, kerana ku menyintaimu
Tak relaku merasakan kehilanganmu
Pasti kautahu jawapannya
Pada dirimu

Hu-yeah, ho-ho

Songtext kommentieren

Log dich ein um einen Eintrag zu schreiben.
Schreibe den ersten Kommentar!

Fans

»Kembalikan Irama Cintaku« gefällt bisher niemandem.